Monday 20 April 2009

Menghidupkan Zulhijjah

Bismillahirrahmanirrahim..


Bulan Zulhijjah ialah bulan terakhir dalam kalender Islam. Dari segi bahasa, ianya bermaksud 'bulan haji' kerana kewajiban haji ditunaikan pada bulan ini. Rentetan itulah, bulan ini agak istimewa berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Bulan ini juga mempunyai banyak kelebihannya tersendiri seperti yang diterangkan dalam banyak hadith. Antaranya ialah kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud ".....Sesiapa yang berpuasa pada salah satu daripada hari-hari tersebut (10 hari pertama Zulhijjah) adalah seumpama berpuasa sepanjang tahun, beribadat pada salah satu daripada malam-malam tersebut adalah seumpama beribadat di malam Lailatul-Qadar" (Tirmizi)

Selain itu, 9 Zulhijjah dikenali sebagai "Yaumul A'rafah" (hari a'rafah) yang mana ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Berpuasa pada hari A'rafah telah ditekankan oleh Nabi SAW sebagai mustahab ( sunnatyang digalakkan). Berdasarkan sebuah hadith, berpuasa pada hari tersebut akan menjadi sebab pengampunan dosa yang dilakukan sepanjang tahun.

Bersesuaian dengan bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama hidupkan bulan ini dengan penuh keimanan, ketaqwaan, pengorbanan dan amal-amal yang soleh.
[Ustaz Abdul Qadir]

No comments: