Sunday 19 April 2009

Kesucian Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim..

Pada suatu hari, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah mengadakan sidang para ulama. Salah seorang daripada tetamu yang hadir ialah seorang ulama Yahudi. Selepas tamat persidangan tersebut, Umar RA telah mendakwahnya kepada Islam, tetapi dia enggan.
Setahun kemudian, dia telah datang kembali untuk memeluk Islam. Umar RA bertanya kepadanya mengenai kelewatannya memeluk Islam. Beliau berkata " Saya adalah seorang yang pandai menulis. Saya telah menulis kitab Injil mengikut akal fikiran saya dan mengubahnya mengikut selera saya. Kemudian saya telah menjualnya. Ajaib! Kitab yang saya tulis laris dijual.
Demikian juga, saya telah menulis kitab Taurat dan mengubahnya mengikut selera saya. Sekali lagi saya telah menjualnya dan telah mendapat keuntungan yang besar. Apabila saya mengarang Al-Quran dan menokok tambah ayat-ayatnya dan cuba menjualnya, tiada siapa yang ingin membelinya. Dari sini saya meyakini bahawa Al-Quran itu dari Allah swt.
[ Moulana Firdaus ]

1 comment:

fadyl said...

its true story?