Bismillahirrahmanirrahim..
Sesetengah orang menganggap agama hanyalah mengucap dua kalimah syahadah ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan AQIDAH. Tetapi, secara amnya, orang Islam sedar bahawa IBADAH juga adalah sebahagian daripada agama. Tanpa ibadah, agama seseorang itu tidak akan sempurna.
Ramai pula di kalangan ummat Islam yang mengambil berat tentang aqidah dan ibadah, namun mereka tidak mempedulikan urusan jual beli ataupun MUA'MALAH mereka. Adakah pendapatan mereka dari sumber yang halal? Sudahkah mereka tunaikan hak-hak majikan mereka? Adakah mereka menzalimi hak-hak pekerja mereka? Adakah urusan pinjam dan hutang mereka berlandaskan syariah?Sedikit sahaja yang mengambil berat tentang urusan aqidah, ibadah dan mu'amalah.
Lebih sedikit dari tu adalah mereka yang mengambil berat tentang AKHLAQ mereka. Adakah amalan-amalan mereka bebas dari sifat ujub, takabbur, hasad , marah dan sebagainya. Berapa banyakkah sifat mahmudah / terpuji yang sudah tersemai di dalam jiwanya? Sabar, syukur, tawakal, tawadhu' dan sebagainya.
Ada segelintir yang sangat penyabar, bersyukur, rendah diri, tidak hasad dan sombong. Namun pergaulan dengan masyarakat sekeliling tidak menepati ADAB yang digariskan oleh syarak. Adab makan, tidur, bercakap, berjalan, ziarah, menulis dan sebagainya.
Hanya apabila seseorang itu menitik beratkan kelima-lima cabang syariat itu sahaja dia dikira sebagai mengamalkan KESELURUHAN agama. Firman Allah SWT " Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh"
[ Moulana Firdaus]
No comments:
Post a Comment