Monday, 20 April 2009

Bagaimana Hendak Memahami Agama

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu petang, pak cik Abdul Razak balik rumah dari kerja dalam keadaan yang sangat letih. Sambil duduk diatas kerusi, dia berkata kepada anaknya Azlan, "Lan, tolong ambilkan air".
Sebagai seorag anak soleh yang memahami keadaan ayahnya, Azlan terus ke dapur dan membawa segelas air sejuk untuk menghilangkan dahaga ayahnya.

Pada keesokan harinya, selepas sahaja balik dari sembahyang di surau, pak cik Abdul Razak sedar bahawa keretanya kotor. Sambil menyingsing lengan bajunya, dia berkata kepada anaknya " Lan, tolong ambilkan air". Kali ini, Azlan tidak ke dapur untuk mengambil segelas air, sebaliknya dia datang membawa sebaldi air.

Walaupun kata-kata yang diluahkan adalah sama, namun hanya seseorang yang menyedari konteks sebenar sahaja dapat memahami sesuatu luahan.

Begitu juga dengan para Sahabat, Tabi'in dan Tabi' Tabi'in, tiga jenis kurun yang digelar oleh Nabi SAW sebagai KHAIRUL KURUN - kurun yang baik. Mereka faham Al-Quran dan Hadith dalam konteksnya yang sebenarnya. Bagi kita di zaman mutaakhir ini, kefahaman yang betul masih lagi boleh diperolehi dengan mengahadiri majlis-majlis ilmu para ulama' yang telah menerima ilmunya dengan sanad ( salasilah ilmu) yang tidak terputus hingga kepada mereka di kurun yang terbaik.
Semoga Allah menyemarakkan lagi majlis seperti ini, yang merupakan sumber ilmu yang tulen.
Ameen.
[ Moulana Umair]

No comments: