Friday, 1 May 2009

Rasulullah Seorang Remaja

Imam Hakim telah meriwayatkan satu hadith sahih dimana Rasulullah SAW menceritakan perihal kehidupan remaja Baginda. Sabda Baginda SAW : 

" Hanya dua kali pernah ku cuba untuk melakukan perkara yang biasanya dilakukan pada zaman Jahiliyah. Pada kedua-dua kalinya Allah swt telah menyekat aku daripada melakukannya.
Pada suatu malam, aku telah menyuruh sahabatku untuk menjaga kambing-kambingku supaya dapat aku pergi ke kota Mekah dan berbual mesra di waktu malam seperti para pemuda lain. Tibanya aku di kota Mekah, aku dapati di rumah yang pertama irama musik sedang didendangkan. Lalu aku pun bertanya "Apakah ini?" Jawab mereka, " Perkahwinan sedang berlangsung". Aku pun duduk untuk mendengar. Akan tetapi Allah swt telah menutup telingaku, lantas aku tertidur hingga ke siang. Aku pun kembali kepada sahabatku dan menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku.
Pada malam yang lain, aku pergi lagi ke kota Mekah atas tujuan yang sama. Sekali lagi aku alami seperti peristiwa malam yang pertama. Selepas itu, aku tidak lagi cuba untuk melakukan perkara yang buruk."

Sebagai seorang manusia, Rasulullah saw mempunyai keinginan untuk berseronok seperti remaja-remaja lain, akan tetapi Allah swt telah menyelamatkan Baginda saw daripada keseronokan yang melalaikan. Sebagai gantinya, Allah swt telah mengurniakan Baginda saw keseronokan yang tiada tolok bandingnya....
kemanisan iman dan kenikmatan beribadat !
Begitu juga setiap orang yang menahan diri dari mengikut keinginan yang salah. Firman Allah swt dalam surah Ar-Rahman ayat 46: " Dan disediakan bagi mereka yang takutkan hari berdirinya mereka dihadapan Allah, dua Syurga"
Syurga di dunia dan syurga di akhirat....
(Moulana Umair)

No comments: